hari ni selepas dekat setahun jugak la aku tak update, (well, memang aku tak dak apa untuk diberitakan, aku nak habaq mai, chelsea menang piala FA. fernando torres dapat pegang piala pertama beliau untuk peringkat kelab selepas kempunan piala ketika bermain untuk atletico madrid dengan liverpool. akhirnya tamatlah apa yg kononnya dikatakan sebagai 'curse' (sedap sebut sikit) datang dari beliau kerana ketika bersama kelab-kelab yang disertai beliau sebelum ni, selepas pemergian beliau, akhirnya berjaya menjulang piala, dan contoh mudah yang dapat aku beri kat sini ialah:
- Atletico Madrid berjaya menjulang Piala Liga Europa pada tahun 2010.
- Liverpool berjaya menjulang Piala Liga Inggeris pada tahun 2012.
Pada pendapat aku, antara faktor utama kejayaan Chelsea pada Sabtu lepas adalah berpunca dari keputusan Roberto Di Matteo untuk menurunkan Didier Drogba bagi mengetuai jentera serangan Chelsea. Kalau Torres yang diturunkan, kebarangkalian untuk Chelsea merangkul kejuaraan piala FA akan berkurang. Ini berdasarkan rekod beliau yg tidak pernah memenangi sebarang piala bersama kelab-kelab terdahulu.